Ramadhan bakal menjelang tiba
Friday, 6 July 2012, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum dan Hai semua , Ramadhan bakal menjelang tiba inilah bulan yang ku nanti-nantikan sebab boleh menunaikan Solat Terawih , boleh pergi Bazar Ramadhan hoho makanan sedap-sedap. Pada bulan Syaaban pula , ada yang sedang menyelesaikan hutang-hutang yang tertingal ( faham-faham kan lah ). Saya harap kali ini dapat puasa penuh , sedih tahun lepas tidak berpeluang berpuasa penuh. Mulai sekarang , rutin dan pembelajaran harian semakin padat kerana PMR bakal menjelang tiba , Gerunnya. Selain itu , saya meminta maaf kepada korang yang ternanti-natikan video Cover Sahabat dan juga Carta Hati sebab video tidak berhasil tapi tidak mengapa . Insyaallah , lepas raya KAMI akan menunaikan janji kami kepada korang . Sekarang ini pun , idea untuk menulis lirik lagu berkembang tapi tak tahu lah berjaya atau tidak . Peperiksaan bakal menjelang tiba , saya paling takut math . Sedih tengok keputusan peperiksaan sebelum ini . Ayah tengok sahaja dah * geleng-geleng kepala * haihh , doakan yang terbaik untuk saya :)
new past

