Sabtu - 7 Julai 2012
Saturday 7 July 2012, ϟ 0 shout(s)



Assalamualaikum dan Hai semua , baiklah ini kali kedua meng-update post di blog ini saya harap selepas ini lebih banyak post yang di-update oleh saya . Tengok kan tajuk dekat atas tuh , Hah ! Peristiwa yang berlaku pada hari dan tarikh ini adalah sekolah saya telah mengadakan hari sukan . Peperangan antara Rumah Sukan Neptune , Marikh , Bumi dan Zuhal . * Ceh , peperangan eh ? * hoho . Tahun lepas , Rumah Sukan Neptune dapat nombor satu , tetapi pada tahun ini Rumah Sukan Marikh mendahului kami . Jadi kami dapat nombor dua . Haishh , tak boleh jadi ini ! Neptune mesti juara kali ini ! Go Neptune !. Tengah-tengah syok-syok sokong rumah sukan tetiba hujan dengan lebatnya . Basah baju saya dibuatnya dahlah sejuk pulak tuhh . Sepatutnya , hari ini dah habis hari sukannya tapi disebabkan hujan lebat hari sukan ditangguhkan pada hari Isnin , alahai >.< tidak mengapa lagipun Hujan itu Rahmat Allah S.W.T . Peperiksaan dah makin hampir makin risau dibuatnya. Ehee , bebel banyak kan saya ini bila cerita banyak nak di-kongsi jari pun mula menaip lah , Haha . Nampakkan , gambar kat atas itu menyelerakan betul . Lempeng bersama sambal sardin + cili padi . Kawwtimmm , wa cakap sama lu ! Lempeng tuh sebenarnya saya masak apa macam ? boleh saya jadi menantu mak cik ke ? hoho bergurau sahaja dan sambal sardin itu pula mak saya masak , kepedasannya memang meletup-tup . Alhamdulillah , saya kenyang makan lempeng ini . Sedap tau buatan sendiri . * Puji diri sendiri :D *  Tetapi masakan kita , tak delah sesedap masakan ibu kita betul tak ? hee , setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada korang semua .

Ramadhan bakal menjelang tiba
Friday 6 July 2012, ϟ 0 shout(s)




                  Assalamualaikum dan Hai semua , Ramadhan bakal menjelang tiba inilah bulan yang ku nanti-nantikan sebab boleh menunaikan Solat Terawih , boleh pergi Bazar Ramadhan hoho makanan sedap-sedap. Pada bulan Syaaban pula , ada yang sedang menyelesaikan hutang-hutang yang tertingal ( faham-faham kan lah ). Saya harap kali ini dapat puasa penuh , sedih tahun lepas tidak berpeluang berpuasa penuh. Mulai sekarang , rutin dan pembelajaran harian semakin padat kerana PMR bakal menjelang tiba , Gerunnya. Selain itu , saya meminta maaf kepada korang yang ternanti-natikan video Cover Sahabat dan juga Carta Hati sebab video tidak berhasil tapi tidak mengapa . Insyaallah , lepas raya KAMI akan menunaikan janji kami kepada korang . Sekarang ini pun , idea untuk menulis lirik lagu berkembang tapi tak tahu lah berjaya atau tidak . Peperiksaan bakal menjelang tiba , saya paling takut math . Sedih tengok keputusan peperiksaan sebelum ini . Ayah tengok sahaja dah * geleng-geleng kepala * haihh , doakan yang terbaik untuk saya :)

new past